~Our Story~

Daisypath Anniversary tickers

~Little Precious~

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 14, 2010

First step to move

Hari ini juga first time kita makan berdua di old town white café, puchong. Yang paling best saya suka air yang awak order, dan awak suka air yang saya order. Itu bermaksud kita sudah sehati sejiwa. Saya suka! Weee~~~

untuk my lovely sweetheart:

"Saya sudah yakin dan percayakan awak betul-betul menyayangi dan mencintai diri saya, mahu sehidup semati dengan saya dan selamanya saya tetap dihati awak. Terima kasih sebab sudi menerima kehadiran saya dalam hidup awak. Sayang, saya buat semua ini kerana awak, saya menangis dan ketawa dalam jalan kehidupan yang kita pilih ini kerana awak. Bagi saya melihat awak bahagia seumpama saya turut merasakan saya juga berjaya. Saya berjanji dengan hati saya yang saya akan tolong awak berjaya dalam bisnes ini. Cuma apa yang saya harapkan hubungan ini tetap berkekalan selamanya. Saya kuatkan hati dan bina balik semangat saya yang sudah makin hilang sebab saya harus buat awak tersenyum puas melihat kejayaan ini bersama-sama dengan saya. Saya tahu waktu sebulan kita berjauhan awak hilang semangat dan selalu termenung memikirkan apa lagi kekurangan yang perlu disempurnakan. Waktu itu maafkan saya kerana tidak dapat bersama dengan awak, tetapi saya sentiasa mendoakan kejayaan awak dan awak lebih mampu bersemangat untuk mencapai apa yang awak impikan. Tapi untuk masa sekarang ini saya akan sedaya upaya berada disisi awak mengenggam tangan bersama dengan awak untuk menempuhi segala dugaan untuk kita sama-sama berjaya dalam jalan yang kita pilih ini sayang. Sesungguhnya diri saya menyayangi dan mencintai awak seikhlas hati saya."

wrote by fadhilah....

0 comments:

Post a Comment