~Our Story~

Daisypath Anniversary tickers

~Little Precious~

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 28, 2010

Pesanan Buat Pengantin

Peliharalah sepuluh perkara terhadap suami mu, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu...

1 & 2
Berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya...

3 & 4
Jaga tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya..jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu...

5 & 6
Jaga waktu tidur dan makannya kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah...

7 & 8
Jaga hartanya dan pelihara kehormatan serta keluarganya..asas pengurusan harta adalah membuat anggaran dan perkara asas dalam keluarga adalah pengurusan yg baik...

9 & 10
Jangan membangkang suruhannya dan jangan membuka rahsianya..apabila kamu tidak mematuhi suruhanya bermakna kamu melukai hatinya dan jika kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatan...

Janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau sebaliknya..
Jadilah kamu orang yg sangat menghormatinya pasti nanti dia akan memuliakanmu..
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat denganya tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu....

Sesungguhnya kamu tidak dapat apa yg kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yg kamu sukai atau yg kamu benci dan Allah akan memberkatimu....Amin...

wrote by fadhilah meor

2 comments:

MarelFira said...

so suprise, kak fad yg cantik sudah mau kawin!

makin cantik skrang wooooo...
thanx kak folo marel, i will folo u,muah!!!

Kami said...

hehehe..adik pon same jua...mau kawen suda...hehe btw, gudluck!

Post a Comment